Penyakit Buah Pinggang Diabetik

Bilangan orang yang mengalami kencing manis semakin meningkat di seluruh dunia. Kesan pesakit kencing manis yang semakin meningkat adalah peningkatan dalam kejadian penyakit buah pinggang diabetik, salah satu komplikasi penyakit kencing manis yang membawa kepada kadar kematian yang tinggi.

Apakah penyakit buah pinggang diabetes?

Gula di dalam darah yang tinggi secara berterusan akan merosakkan saluran darah kecil buah pinggang dalam jangka panjang. Kerosakan ini pada mulanya menyebabkan kehilangan protein dalam air kencing. Selepas itu, ianya menyebabkan hipertensi, bengkak dan gejala kerosakan buah pinggang. Akhirnya, kemerosotan progresif membawa kepada penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD). Masalah buah pinggang yang disebabkan kencing manis ini dikenali sebagai penyakit buah pinggang diabetes. Nefropati diabetes adalah istilah perubatan yang digunakan untuk penyakit buah pinggang diabetik.

Kencing manis adalah penyebab utama penyakit buah pinggang kronik.

Kepentingan

Kenapa penting untuk belajar tentang penyakit buah pinggang diabetik?

  • Insiden kencing manis berkembang pesat di seluruh dunia.
  • Penyakit buah pinggang diabetes (nefropati diabetes) adalah punca utama penyakit buah pinggang kronik.
  • Diabetes mellitus bertanggungjawab untuk 40-45% pesakit yang baru didiagnosa dengan penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD).
  • Terapi ESKD adalah mahal dan pesakit di negara-negara membangun mungkin tidak mampu rawatan ini.
  • Diagnosa dan rawatan awal dapat mencegah penyakit buah pinggang diabetes. Pada pesakit kencing manis dengan penyakit buah pinggang kronik, terapi teliti boleh menangguhkan keperluan untuk dialisis dan transplan dengan ketaranya.
  • Terdapat risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi pada pesakit dengan penyakit buah pinggang diabetes.
  • Diagnosis awal penyakit buah pinggang diabetes adalah penting dalam menjaga pesakit kencing manis.

Berapa banyak pesakit kencing manis yang mengalami penyakit buah pinggang diabetik?

Terdapat dua jenis kencing manis utama, masing-masing dengan risiko berlainan bagi penyakit buah pinggang diabetes.

Kencing Manis Jenis 1 (IDDM - Diabetes Mellitus Memerlukan Insulin):

Kencing manis jenis 1 biasanya berlaku pada usia muda dan insulin diperlukan untuk mengawalnya. Kira-kira 30 - 35% pesakit kencing manis jenis 1 akan mendapat penyakit buah pinggang diabetes

Kencing Manis Jenis 2 Diabetes (NIDDM - Diabetes Mellitus Tidak Memerlukan Insulin):

Kencing manis jenis 2 biasanya berlaku pada orang dewasa dan dikawal tanpa insulin pada kebanyakan pesakit. Kira-kira 10 - 40% daripada pesakit diabetes Jenis 2 mengalami penyakit buah pinggang diabetes. Diabetes jenis 2 adalah punca utama penyakit buah pinggang kronik, yang bertanggungjawab untuk lebih daripada satu daripada tiga kes baru.

Pesakit kencing manis mana yang akan mendapat penyakit buah pinggang diabetik?

Sukar untuk meramalkan pesakit kencing manis yang akan mendapat penyakit buah pinggang diabetik. Tetapi faktor risiko utama untuk mendapatnya ialah:

  • Kencing manis jenis 1 yang mula sebelum umur 20 tahun.
  • Kencing manis yang tidak terkawal (tahap HbA1c yang tinggi).
  • Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.
Diabetes adalah penyebab penyakit buah pinggang peringkat akhir bagi satu per tiga pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

  • Sejarah keluarga penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik.
  • Masalah penglihatan (retinopati diabetik) atau kerosakan saraf (neuropati diabetik) akibat kencing manis.
  • Kehadiran protein dalam air kencing, obesiti, tabiat merokok dan lipid serum yang tinggi.

Bilakah penyakit buah pinggang diabetik berlaku pada pesakit diabetes?

Penyakit buah pinggang diabetik mengambil masa bertahun-tahun untuk berlaku, jadi ianya jarang didapati dalam 10 tahun pertama kenicng manis. Gejala penyakit buah pinggang diabetik diketahui 15 hingga 20 tahun selepas bermulanya kenicng manis jenis 1. Sekiranya pesakit kencing manis tidak mempunyai penyakit buah pinggang diabetik dalam 25 tahun pertama, risiko penyakit ini akan menurun.

Bilakah seseorang mengesyaki penyakit buah pinggang diabetik di kalangan pesakit kencing manis?

Penyakit buah pinggang diabetik boleh disyaki dalam pesakit kencing manis dengan kehadiran:

  • Air kencing berbuih atau kehadiran albumin/protein dalam air kencing (dilihat pada peringkat awal).
  • Tekanan darah tinggi atau tekanan darah tinggi yang semakin sukar dikawal.
Tanda-tanda berbahaya akibat kencing manis pada buah pinggang adalah protein yang berlebihan dalam air kencing, tekanan darah tinggi dan bengkak.

  • Bengkak kaki dan muka; Pengurangan jumlah air kencing atau kenaikan berat badan (dari pengumpulan cecair).
  • Pengurangan keperluan ubat insulin atau anti-diabetes.
  • Sejarah hipoglikemia yang kerap (tahap gula rendah). Kawalan kencing manis yang lebih baik dengan dos ubat-ubatan anti-diabetes yang sebelum ini tidak dapat mengawal kencing manis.
  • Kencing manis dikawal tanpa ubat. Ramai pesakit berasa bangga dan gembira dengan kawalan gula, memikirkan bahawa kencing manis telah sembuh, pada hal fakta yang sebenarnya adalah buah pinggang mereka semakin gagal. Ubat anti-diabetes akan berkesan untuk lebih lama pada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Gejala penyakit buah pinggang kronik (kelemahan, keletihan, kehilangan selera makan, mual, muntah, gatal-gatal, pucat dan sesak nafas), yang ada pada peringkat yang lebih serius.
  • Nilai kreatinin dan urea yang meningkat dalam ujian darah.

Bagaimana penyakit buah pinggang diabetik didiagnosa dan ujian pengesanan paling awal?

Kedua-dua ujian yang paling penting yang digunakan untuk mendiagnosas penyakit buah pinggang diabetes adalah ujian air kencing untuk protein dan ujian darah untuk kreatinin (dan eGFR). Ujian yang ideal untuk mengesan penyakit buah pinggang diabetes paling awal adalah ujian untuk mikroalbuminuria (lihat di bawah). Ujian diagnostik terbaik seterusnya ialah ujian air kencing untuk albumin dengan urin dipstick, yang mengesan makroalbuminuria. Ujian darah untuk kreatinin (dan eGFR) mencerminkan fungsi buah pinggang dimana nilai kreatinin serum yang lebih tinggi menunjukkan fungsi buah pinggang yang lebih teruk dan semakin meningkat pada tahap lanjut penyakit buah pinggang diabetic (biasanya selepas adanya makroalbuminuria).

Apakah mikroalbuminuria dan makroalbuminuria?

Albuminuria bermaksud kehadiran albumin (jenis protein) dalam air kencing. Microalbuminuria, yang menunjukkan kehadiran sejumlah kecil protein dalam air kencing (urin albumin 30-300 mg/hari), tidak dapat dikesan oleh urinalisis rutin. Ia hanya boleh dikesan dengan ujian khas. Macroalbuminuria, yang menunjukkan kehadiran jumlah besar albumin dalam air kencing (urin albumin> 300 mg/hari), boleh dikesan dengan ujian air kencing yang dijalankan secara rutin.

Amaran: Pengurangan gula darah yang kerap atau diabetes dikawal tanpa ubat - syaki penyakit buah pinggang diabetes.

Mengapa ujian air kencing untuk mikroalbuminuria merupakan ujian yang paling sesuai untuk diagnosa penyakit buah pinggang diabetik?

Kerana ujian untuk mikroalbuminuria dapat mendiagnosa penyakit buah pinggang diabetes pada peringkat yang paling awal, ia adalah ujian yang paling ideal untuk diagnosa. Diagnosa awal penyakit buah pinggang diabetes di peringkat ini (dikenali sebagai tahap risiko tinggi atau tahap awal) bermanfaat bagi pesakit kerana jika dikesan awal, penyakit buah pinggang diabetes dapat dicegah dan dipulihkan dengan rawatan yang teliti. Ujian mikroalbuminuria dapat mengesan nefropati diabetik 5 tahun lebih awal daripada ujian air kencing dipstick biasa dan beberapa tahun sebelum menjadi cukup berbahaya untuk menyebabkan gejala atau nilai kreatinin serum yang tinggi. Selain daripada risiko kepada buah pinggang, mikroalbuminuria juga meramalkan risiko tinggi untuk mendapat komplikasi kardiovaskular pada pesakit kencing manis. Keupayaan diagnostik awal mikroalbuminuria memberi amaran kepada pesakit mengenai perkembangan penyakit yang ditakuti dan memberikan peluang kepada doktor untuk merawat pesakit tersebut dengan lebih bersungguh-sungguh.

Dua ujian diagnostik yang paling penting bagi penyakit buah pinggang kencing manis ialah ujian air kencing untuk protein dan serum kreatinin.

Bilakah dan berapa kerapkah ujian air kencing untuk mikroalbuminuria dilakukan pada pesakit kencing manis?

Untuk kencing manis jenis 1, ujian untuk microalbuminuria perlu dilakukan 5 tahun selepas permulaan kencing manis dan setiap tahun selepas itu. Untuk kencing manis jenis 2, ujian untuk microalbuminuria perlu dilakukan pada masa diagnosa dan setiap tahun selepas itu.

Bagaimana air kencing diuji untuk mikroalbuminuria dalam pesakit kencing manis?

Untuk pemeriksaan penyakit buah pinggang diabetik, air kencing secara rawak diuji terlebih dahulu oleh ujian kencing air kencing yang standard. Jika protein tidak hadir dalam ujian ini, ujian kencing yang lebih tepat dilakukan untuk mengesan mikroalbuminuria. Jika albumin urine hadir dalam ujian rutin, tidak perlu menguji mikroalbuminuria. Untuk mendiagnosa nefropati diabetik dengan betul, dua daripada tiga ujian untuk mikroalbuminuria perlu positif dalam tempoh tiga hingga enam bulan tanpa jangkitan saluran kencing.

Tiga kaedah paling biasa digunakan untuk mengesan microalbuminuria adalah:

Ujian air kencing: Ujian ini dilakukan menggunakan jalur reagen atau tablet. Ini adalah ujian mudah yang boleh dilakukan di klinik dan lebih murah. Kerana ujian ini kurang tepat, ujian positif dengan menggunakan jalur reagen atau tablet harus disahkan oleh nisbah albumin ke kreatinin dalam air kencing.

Nisbah albumin-ke-kreatinin: Nisbah albumin-ke-kreatinin (ACR) adalah kaedah yang paling spesifik, boleh dipercayai dan tepat untuk menguji mikroalbuminuria. ACR menganggarkan ekskresi albumin air kencing 24 jam. Pada sampel air kencing pagi, nisbah albumin-ke-kreatinin (ACR) antara 30-300 mg/g adalah diagnostic bagi mikroalbuminuria (nilai normal ACR <30 mg/g). Oleh kerana ketiadaan dan kos, bilangan pesakit kencing manis yang diagnosa mikroalbuminuria oleh kaedah ini adalah terhad di negara-negara membangun.

Pengumpulan air kencing 24 jam untuk mikroalbuminuria: Jumlah albumin dalam air kencing sebanyak 30 hingga 300 mg dalam koleksi air kencing 24 jam menunjukkan mikroalbuminuria. Walaupun ini adalah kaedah piawai untuk diagnosa mikroalbuminuria, ia adalah rumit dan menambah sedikit kepada ramalan atau ketepatan.

Bilakah dan berapa kerapkah ujian air kencing untuk mikroalbuminuria dilakukan pada pesakit kencing manis?

Untuk kencing manis jenis 1, ujian untuk microalbuminuria perlu dilakukan 5 tahun selepas permulaan kencing manis dan setiap tahun selepas itu. Untuk kencing manis jenis 2, ujian untuk microalbuminuria perlu dilakukan pada masa diagnosa dan setiap tahun selepas itu.

Bagaimana air kencing diuji untuk mikroalbuminuria dalam pesakit kencing manis?

Untuk pemeriksaan penyakit buah pinggang diabetik, air kencing secara rawak diuji terlebih dahulu oleh ujian kencing air kencing yang standard. Jika protein tidak hadir dalam ujian ini, ujian kencing yang lebih tepat dilakukan untuk mengesan mikroalbuminuria. Jika albumin urine hadir dalam ujian rutin, tidak perlu menguji mikroalbuminuria. Untuk mendiagnosa nefropati diabetik dengan betul, dua daripada tiga ujian untuk mikroalbuminuria perlu positif dalam tempoh tiga hingga enam bulan tanpa jangkitan saluran kencing.

Tiga kaedah paling biasa digunakan untuk mengesan microalbuminuria adalah:

Ujian air kencing: Ujian ini dilakukan menggunakan jalur reagen atau tablet. Ini adalah ujian mudah yang boleh dilakukan di klinik dan lebih murah. Kerana ujian ini kurang tepat, ujian positif dengan menggunakan jalur reagen atau tablet harus disahkan oleh nisbah albumin ke kreatinin dalam air kencing.

Nisbah albumin-ke-kreatinin: Nisbah albumin-ke-kreatinin (ACR) adalah kaedah yang paling spesifik, boleh dipercayai dan tepat untuk menguji mikroalbuminuria. ACR menganggarkan ekskresi albumin air kencing 24 jam. Pada sampel air kencing pagi, nisbah albumin-ke-kreatinin (ACR) antara 30-300 mg/g adalah diagnostic bagi mikroalbuminuria (nilai normal ACR <30 mg/g). Oleh kerana ketiadaan dan kos, bilangan pesakit kencing manis yang diagnosa mikroalbuminuria oleh kaedah ini adalah terhad di negara-negara membangun.

Pengumpulan air kencing 24 jam untuk mikroalbuminuria: Jumlah albumin dalam air kencing sebanyak 30 hingga 300 mg dalam koleksi air kencing 24 jam menunjukkan mikroalbuminuria. Walaupun ini adalah kaedah piawai untuk diagnosa mikroalbuminuria, ia adalah rumit dan menambah sedikit kepada ramalan atau ketepatan.

Ujian air kencing untuk microalbuminuria adalah ujian pertama dan paling tepat untuk mendiagnoskan penyakit buah pinggang diabetik.

Bagaimanakah ujian air kencing dipstick biasa membantu dalam diagnosa penyakit buah pinggang diabetik?

Ujian air kencing dipstick biasa (sering dilaporkan sebagai "trace" kepada 4+) adalah kaedah rutin dan paling banyak digunakan untuk mengesan protein dalam air kencing. Pada pesakit yang menghidap kencing manis, ujian air kencing dipstick biasa adalah kaedah yang mudah dan cepat untuk mengesan makroalbuminuria (urine albumin> 300 mg/hari). Kehadiran makroalbuminuria mencerminkan tahap 4 - penyakit buah pinggang diabetic “overt”. Dalam perkembangan penyakit buah pinggang diabetes, makroalbuminuria berlaku selepas mikroalbuminuria (tahap 3 - penyakit buah pinggang diabetes awal), tetapi biasanya mendahului kerosakan buah pinggang yang lebih teruk, iaitu sindrom nefrotik, dan peningkatan serum kreatinin akibat penyakit buah pinggang kronik. Walaupun pengesanan mikroalbuminuria mengenal pasti pesakit dengan penyakit buah pinggang diabetes awal, kos dan ketiadaannya di negara-negara membangun mengehadkan penggunaannya. Dalam senario sedemikian, ujian air kencing dipstick untuk mendiagnosa makroalbuminuria adalah pilihan diagnostik yang kedua baik untuk penyakit buah pinggang diabetes. Ujian air kencing dipstick biasa adalah kaedah yang mudah dan murah dan mudah didapati walaupun di pusat-pusat kecil. Oleh itu, ia merupakan pilihan yang ideal untuk saringan massa untuk penyakit buah pinggang diabetik. Pengurusan teliti walaupun pada tahap penyakit buah pinggang diabetes ini memberi kebaikan dan dapat menundakan keperluan bagi dialisis atau pemindahan buah pinggang .

Bagaimana penyakit buah pinggang diabetik didiagnosis?

Kaedah ideal: Pemeriksaan tahunan pesakit diabetes dengan menguji air kencing untuk mikroalbuminuria dan ujian darah untuk kreatinin (dan eGFR).

Kaedah praktikal: Pengukuran tekanan darah dan ujian air kencing urin setiap tiga bulan; dan ujian darah tahunan untuk kreatinin (dan eGFR) di semua pesakit kencing manis. Kaedah pengesanan penyakit buah pinggang diabetes ini mampu dijalankan dan boleh dijalankan di bandar-bandar kecil di negara-negara membangun.

Ujian kencing tahunan untuk mikroalbuminuria adalah strategi terbaik untuk diagnosa awal penyakit ginjal diabetik.

Pencegahan

Bagaimana penyakit buah pinggang diabetes boleh dicegah?

Petua penting untuk mencegah penyakit buah pinggang diabetik termasuk:

  • Diperiksa oleh doktor secara berkala.
  • Mencapai kawalan gula darah yang terbaik. Pastikan tahap HbA1C kurang daripada 7%.
  • Pastikan tekanan darah di bawah 130/80 mmHg. Ubat antihipertensi jenis “angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor” atau “angiotensin receptor blockers” (ARBs) harus digunakan untuk mengawal tekanan darah dan membantu pengurangan albuminuria.
  • Mengurangkan pengambilan gula dan garam dan mengikuti diet rendah protein, kolesterol dan lemak.
  • Memeriksa buah pinggang sekurang-kurangnya sekali setahun dengan melakukan ujian air kencing untuk albumin dan darah untuk kreatinin (dan eGFR).
  • Langkah-langkah lain: Bersenaman secara berkala dan mengekalkan berat badan yang ideal. Mengelakkan alkohol, merokok, produk tembakau dan penggunaan ubat penahan sakit sewenang-wenangnya.
Ujian air kencing dipstick untuk mendiagnoskan makroalbuminuria adalah pilihan ujian diagnostik yang paling sesuai untuk negara-negara membangun.

Rawatan

Rawatan penyakit buah pinggang diabetes

  • Memastikan kawalan kencing manis yang baik.
  • Kawalan tekanan darah yang teliti adalah langkah yang paling penting untuk melindungi buah pinggang. Tekanan darah perlu diukur dengan kerap dan dikekalkan di bawah 130/80mmHg. Rawatan darah tinggi melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik.
  • “Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor” dan “angiotensin receptor blockers” (ARBs) adalah ubat antihipertensi yang mempunyai kelebihan khas bagi pesakit kenicng manis. Ubat antihipertensi ini mempunyai manfaat tambahan untuk memperlahankan perkembangan penyakit buah pinggang . Untuk manfaat maksimum dan perlindungan buah pinggang, ubat-ubatan ini diberikan pada peringkat awal penyakit buah pinggang diabetic bila ada mikroalbuminuria.
  • Untuk mengurangkan bengkak muka atau kaki, ubat-ubatan yang meningkatkan jumlah urin (diuretik) diberikan bersama sekatan pengambilan garam dan cecair.
  • Pesakit dengan kegagalan buah pinggang akibat penyakit buah pinggang diabetik terdedah kepada hipoglikemia dan oleh itu memerlukan pengubahsuaian dalam terapi ubat untuk diabetes. Insulin bertindak sekejak adalah pilihan untuk mengawal kencing. Elakkan pengunaan agen hipoglikemik oral yang bertindak lama. Metformin biasanya dielakkan pada pesakit dengan tahap serum kreatinin lebih daripada 1.5 mg/dl kerana risiko asidosis laktik.
  • Di dalam penyakit buah pinggang diabetes dengan kreatinin serum yang tinggi, semua langkah rawatan penyakit buah pinggang kronik (dibincangkan dalam Bab 12) hendaklah diikuti.
  • Menilai dan menguruskan faktor risiko kardiovaskular secara agresif (merokok, lipid yang dibangkitkan, glukosa darah tinggi dan tekanan darah tinggi).
  • Penyakit buah pinggang diabetik dengan kegagalan buah pinggang yang teruk memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Mengekalkan tekanan darah kurang dari 130/80 dengan menggunakan ubat antihipertensi jenis inhibitor ACE dan ARB pada awal penyakit.