Buah Pinggang dan Ubatan

Kerosakan buah pinggang akibat ubatan adalah perkara biasa.

Kenapa buah pinggang lebih mudah terdedah kepada ketoksikan ubat berbanding organ-organ lain di dalam badan?

Dua punca utama kerosakan buah pinggang akibat ubat adalah:

  1. Pengeluaran ubat oleh buah pinggang: Buah pinggang adalah organ utama yang terlibat dalam penyingkiran ubat dan metabolitnya. Semasa proses penyingkiran ubat beberapa ubat atau metabolitnya boleh merosakkan buah pinggang.
  2. Aliran darah tinggi ke buah pinggang: Setiap minit 20% daripada jumlah darah yang dipam oleh jantung (1200 ml darah) memasuki kedua buah pinggang untuk pembersihan. Di antara semua organ tubuh, buah pinggang menerima jumlah darah yang paling tinggi setiap kilogram berat badan. Kerana bekalan darah yang banyak, ubat-ubatan dan bahan-bahan yang berbahaya dihantar ke buah pinggang dalam jumlah besar dan dalam masa yang singkat. Ini boleh merosakkan buah pinggang.
Ubat tahan sakit adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh dadah.

Penahan sakit

Ubat utama yang merosakkan buah pinggang

1.Penahan sakit

Untuk kesakitan badan, sakit kepala, sakit sendi dan demam, pelbagai ubat tanpa prescripsi (OTC) boleh didapati dan ubat-ubatan ini diambil secara bebas tanpa preskripsi doktor. Ubat-ubatan ini bertanggungjawab untuk kerosakan buah pinggang.

Apakah NSAIDs? Ubat-ubat yang dimiliki oleh kumpulan ini?

Ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAID) adalah ubat biasa yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan, demam dan keradangan. Ubat-ubat ini termasuk aspirin, diclofenac, ibuprofen, indomethacin, ketoprofen, meloxicam, asid mefenamic, nimesulide, naproxen dll.

Adakah NSAIDs menyebabkan kerosakan pada buah pinggang?

NSAIDs umumnya selamat dengan syarat mereka diambil dalam dos yang betul di bawah pengawasan doktor. Tetapi adalah penting untuk diingat bahawa NSAID adalah kedua selepas aminoglycosides sebagai punca yang paling kerap untuk kerosakan buah pinggang akibat ubat.

Mengubat sendiri dengan ubat penahan sakit biasa boleh berbahaya.

Bilakah NSAID boleh merosakkan buah pinggang?

Risiko kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh NSAID adalah tinggi dalam kes:

  • Penggunaan NSAID yang berpanjangan yang diambil dalam dos yang tinggi tanpa pengawasan doktor.
  • Penggunaan ubat kombinasi yang berpanjangan dalam pil tunggal (cth. APC yang mengandungi aspirin, phenacetin dan kafein).
  • Penggunaan NSAID pada orang tua, mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang, kencing manis atau dehidrasi.

Penahan sakit yang mana selamat untuk pesakit kegagalan buah pinggang?

Paracetamol (acetaminophen) adalah ubat yang lebih selamat untuk menahan sakit berbanding NSAIDs.

Ramai pesakit jantung diberikan aspirin sepanjang hayat. Bolehkah ini merosakkan buah pinggang?

Oleh kerana dos aspirin yang dinasihatkan bagi pesakit jantung adalah rendah, ia adalah selamat.

Adakah kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh NSAIDs boleh disembuhkan?

Ya dan tidak.

Ya. Apabila kerosakan buah pinggang akut disebabkan oleh penggunaan NSAID jangka pendek, Ia biasanya boleh disembuh dengan menghentikan ubat NSAID dan rawatan yang sesuai.

Tidak. Ramai pesakit tua dengan kesakitan sendi memerlukan NSAID untuk tempoh yang panjang. Apabila diambil secara berterusan dalam dos yang besar untuk tempoh yang lama (tahun) penggunaan NSAID boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang perlahan dan progresif. Jenis kerosakan buah pinggang ini tidak dapat dipulihkan. Pesakit yang berusia lanjut, yang memerlukan dos NSAID yang besar untuk tempoh yang sangat lama, harus mengambil ubat ini di bawah bimbingan dan penyeliaan doktor.

Bagaimanakah seseorang mendiagnosa kerosakan buah pinggang yang perlahan tetapi progresif akibat penggunaan NSAID jangka panjang di peringkat awal?

Kehadiran protein dalam air kencing adalah petunjuk pertama dan satu-satunya bagi kerosakan buah pinggang akibat NSAIDs. Apabila fungsi buah pinggang merosakkan lagi tahap kreatinin dalam darah meningkat.

Bagaimana cara mencegah kerosakan buah pinggang akibat ubat penahan sakit?

Langkah-langkah mudah untuk mencegah kerosakan buah pinggang akibat ubat penahan sakit adalah:

  1. Elak penggunaan NSAID dalam orang berisiko tinggi.
  2. Elakkan penggunaan penahan sakit yang dibeli di kaunter tanpa preskripsi.
  3. Apabila NSAID diperlukan untuk tempoh yang lama, mereka harus diambil dibawah penyeliaan doktor.
  4. Hadkan dos dan tempoh rawatan dengan NSAIDs.
  5. Elakkan kombinasi campuran ubat penahan sakit untuk tempoh yang lama.
  6. Minum banyak cecair setiap hari. Hidrasi yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan bekalan darah yang betul ke buah pinggang dan untuk mengelakkan kerosakan pada buah pinggang.
Risiko kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh ubatan adalah tinggi pada pesakit kencing manis, kegagalan buah pinggang, dehidrasi atau usia lanjut.

Aminoglycosides

2. Aminoglycosides

Aminoglycosides adalah kumpulan antibiotik yang sering digunakan dan punca kerosakan buah pinggang yang penting. Kerosakan buah pinggang biasanya berlaku 7 - 10 hari selepas permulaan terapi. Diagnosa masalah ini sering terlepas pandang kerana jumlah air kencing tidak berubah.

Risiko aminoglikosida menyebab kerosakan buah pinggang adalah tinggi pada orang tua, dehidrasi, penyakit buah pinggang yang sedia ada, kekurangan kalium dan magnesium, penggunaan dosa yang besar dan untuk tempoh yang berpanjangan, terapi gabungan dengan ubat lain yang boleh merosakkan buah pinggang, sepsis, penyakit hepar dan kegagalan jantung kongestif.

Bagaimana cara mencegah kerosakan buah pinggang akibat aminoglikosida?

Langkah-langkah untuk mencegah kerosakan buah pinggang akibat aminoglikosida adalah:

  • Gunakan aminoglikosida dengan berhati-hati pada orang berisiko tinggi. Membetulkan atau mengeluarkan faktor-faktor risiko.
  • Memberi aminoglikosida sekali sehari dan bukannya dos yang dibahagikan.
  • Menggunakan dos dan tempoh terapi aminoglikosida yang optimum
  • Mengubahsuaian dos jika ada kerosakan buah pinggang.
  • Memantauan serum kreatinin setiap hari untuk pengesanan awal kerosakan buah pinggang.
Untuk pesakit berisiko tinggi, aminoglikosida perlu diberi berhati-hati & serum kreatinin dipantau berkala untuk mencegah kerosakan buah pinggang.

Suntikan radiokontras

3. Suntikan radiokontras

Kerosakan buah pinggang akibat media kontras radiografi (pewarna sinar-X) adalah punca biasa kegagalan buah pinggang akut pada pesakit hospital, dan biasanya boleh disembuhkan. Risiko kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh kontras adalah tinggi dengan adanya kencing manis, dehidrasi, kegagalan jantung, kerosakan buah pinggang yang sedia ada, usia yang lanjut dan penggunaan ubat-ubatan serentak yang boleh merosakkan buah pinggang.

Beberapa langkah boleh mencegah kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh kontras.

Langkah-langkah penting adalah penggunaan dosa kontras yang paling kecil, penggunaan agen kontras nonionik, mengekalkan hidrasi yang mencukupi dengan cecair IV, dan memberi natrium bikarbonat dan acetylcysteine.

4. Ubat lain

Ubat lain yang kerap merosakkan buah pinggang adalah antibiotik tertentu, terapi antikanser, ubat antituberculosis dan lain-lain.

5. Penawar alternatif

  • Kepercayaan popular bahawa semua ubat semulajadi (ubat Aurvedic, herba Cina dan lain-lain) dan suplemen makanan tidak berbahaya adalah salah.
  • Setengah ubat dalam kumpulan ini mengandungi logam berat dan bahan toksik yang boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu dalam kumpulan ini boleh berbahaya kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.
  • Setengah ubat dengan kandungan kalium yang tinggi boleh membunuh pesakit dengan kegagalan buah pinggang.
Kepercayaan bahawa semua ubat asli sentiasa selamat untuk buah pinggang adalah salah.