MENGENAI PENGARANG

 Dr YAKOB Suryati

MD (UKM) ; MRCP(UK); FRCP(Edin)

Dr Suryati Yakob merupakan Pakar Perunding Buah Pinggang di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh. Beliau menerima pendidikan awal di Bukit Bintang Girls School dan kemudian di MARA Junior Science College (MRSM). Beliau melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menerima ijazah perubatan dalaman dari MRCP(UK) dan seterusnya menerima latihan sub-kepakaran nefrologi selama tiga tahun di Malaysia anjuran program usaha-sama MSN (Malaysian Society Nephrology) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Beliau merupakan ahli kaunsel Persatuan Diagnostik & Nefrologi Intervensi Malaysia (MSDIN) serta ahli felo Royal College of Physician Edinburgh.

Beliau mempunyai 6 penerbitan dalam jurnal perubatan dan pernah menyampaikan kuliah di mesyuarat saintifik di dalam negara. Beliau juga pernah membentang kertas penyelidikan di dalam mesyuarat tempatan dan antarabangsa.