Kegagalan Buah Pinggang Kronik: Gejala dan Diagnosis

Dalam penyakit buah pinggang kronik (CKD), fungsi buah pinggang secara beransur-ansur menurun dari bulan ke tahun. Pada peringkat awal CKD, kebanyakan pesakit tiada gejala kerana badan mereka sudah biasa dengan gangguan metabolik yang berkembang dari masa ke masa. Apabila fungsi buah pinggang terjejas dengan teruk terjejas, gejala akibat pengumpulan toksin dan cecair mula timbul.

Apakah tanda-tanda penyakit buah pinggang kronik?

Gejala CKD kronik berbeza-beza dan bergantung kepada keparahan kerosakan buah pinggang. CKD dibahagikan kepada lima tahap/peringkat berdasarkan tahap fungsi buah pinggang atau kadar penapisan glomerular. Kadar penapisan glomerular boleh dianggarkan dari paras darah kreatinin dan biasanya melebihi 90 ml / min.

Pada peringkat awal CKD kebanyakan orang tidak ada gejala

Tahap

CKD Tahap 1 (fungsi buah pinggang 90-100%)

Dalam Tahap 1 CKD, kadar penapisan glomerular lebih tinggi daripada 90 ml/min/1.73m2 tetapi terdapat keabnormalan makmal seperti protein dalam air kencing; bukti kerosakan struktur kepada buah pinggang pada x-ray, ultrasound, MRI, atau CT scan; atau sejarah keluarga penyakit buah pinggang polikistik. Pesakit biasanya tidak gejala.

CKD Tahap 2 (fungsi buah pinggang 60-89%)

Dalam Tahap 2 atau CKD ringan, kadar penapisan glomerular adalah 60 - 89 ml/min/1.73m2. Pesakit biasanya tiada gejala tetapi sesetengahnya mungkin mengadu kencing kerap terutama pada waktu malam, tekanan darah tinggi, keabnormalan air kencing dalam urinalisis dengan kreatinin serum normal atau sedikit tinggi.

CKD Tahap 3(fungsi buah pinggang 30-59%)

Di tahap 3 atau CKD sederhana, kadar penapisan glomerular ialah 30-59 ml/min/1.73m2. Pesakit mungkin masih tiada gejala atau mengalami gejala ringan. Mungkin terdapat keabnormalan air kencing dan peningkatan serum kreatinin.

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal pada usia muda adalah tanda biasa untuk CKD

CKD Tahap 4 (fungsi buah pinggang 15-29%)

Di tahap 4 CKD, kadar penapisan glomerular ialah 15-29 ml/min/1.73m2. Gejala mungkin ringan dan tidak spesifik, atau sangat teruk, bergantung kepada asas-asas punca kegagalan buah pinggang dan penyakit yang berkaitan.

CKD Tahap 5 (fungsi buah pinggang kurang daripada 15%)

Peringkat 5 adalah CKD yang sangat teruk dengan kadar penapisan glomerular <15 ml/min/1.73m2. Juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD), kebanyakan pesakit akan memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang pada tahap ini. Gejala mungkin berbeza dari sederhana hingga teruk, dengan komplikasi yang mengancam nyawa.

Tanda dan gejala kegagalan buah pinggang semakin meningkat dan kebanyakan pesakit memerlukan pemindahan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

CKD adalah punca penting hemoglobin yang rendah dan tidak respon kepada rawatan

Gejala dan komplikasi

Gejala penyakit buah pinggang yang kerap

  • Kehilangan selera, mual dan muntah.
  • Kelemahan, keletihan dan penurunan berat badan.
  • Bengkak pada bahagian bawah kaki (edema).
  • Bengkak muka atau keliling mata terutama pada waktu pagi.
  • Tekanan darah tinggi, terutamanya jika teruk, tidak terkawal atau individu muda.
  • Pallor atau pucat.
  • Masalah tidur, kurang tumpuan dan pening.
  • Gatal-gatal, kekejangan otot
  • Kesakitan pada bahagian pinggang.
  • Air kencing berlebihan terutamanya pada waktu malam (nocturia).
  • Tulang sakit dan patah tulang pada orang dewasa dan pertumbuhan terencat pada kanak-kanak.
  • Penurunan keinginan seksual dan masalah ereksi pada lelaki dan gangguan haid pada wanita.

Bila mensyaki seorang yang mengidap tekanan darah tinggi mempunyai CKD?

Pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi), CKD disyaki CKD jika:

  • Umur kurang dari 30 atau lebih daripada 50 pada masa diagnosis hipertensi.
  • Hipertensi yang teruk pada masa diagnosa (iaitu lebih daripada 200/120 mm Hg).
  • Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal dengan rawatan biasa.
  • Ganguan perlihatan pada masa yang sama
  • Kehadiran protein dalam air kencing.
  • Kehadiran gejala yang mencadangkan CKD seperti kehadiran bengkak, kehilangan selera makan, kelemahan dll.

Apakah komplikasi CKD lanjut?

Komplikasi potensi CKD lanjut adalah:

  • Kesukaran bernafas dan kesakitan dada akibat pengekalan cecair yang ketara dalam paru-paru (edema pulmonari).
  • Tekanan darah tinggi yang teruk.
  • Mual mual dan muntah.
  • Kelemahan yang teruk.
  • Komplikasi sistem saraf pusat: kekeliruan, sangat mengantuk, konvulsi dan koma.
  • Tahap tinggi kalium dalam darah (hiperkalemia) yang boleh menjejaskan keupayaan jantung untuk berfungsi dan boleh mengancam nyawa.
  • Pericarditis, keradangan membran yang membalut jantung (pericardium).
Kelemahan, kehilangan selera makan, loya dan bengkak adalah gejala awal CKD

Diagnosa

Diagnosa CKD

CKD biasanya tiada gejala pada peringkat awal. Biasanya, CKD di diagnosa apabila hipertensi dikesan, ujian darah menunjukkan serum kreatinine yang tinggi atau ujian air kencing positif untuk albumin. Seseorang mesti disaring untuk CKD jika dia berisiko tinggi untuk mendapat kerosakan buah pinggang (diabetes, hipertensi, umur lebih tua, sejarah keluarga CKD).

1. Hemoglobin

Tahap hemoglobin biasanya rendah. Anemia adalah disebabkan oleh penurunan pengeluaran erythropoietin oleh buah pinggang.

2. Ujian kencing

Albumin atau protein dalam air kencing (dipanggil albuminuria atau proteinuria) adalah tanda awal CKD. Walaupun jumlah albumin yang kecil dalam air kencing, yang dipanggil mikroalbuminuria, ia mungkin merupakan tanda awal CKD. Oleh kerana proteinuria juga boleh disebabkan oleh demam atau senaman berat, adalah lebih baik untuk mengecualikan sebab-sebab lain proteinuria sebelum mendiagnosa CKD.

3. Serum kreatinin, urea nitrogen darah dan eGFR

Cara mudah dan murah untuk mengukur fungsi buah pinggang adalah tahap serum kreatinin. Bersama umur dan jantina, kreatinin serum digunakan dalam banyak formula untuk menganggarkan fungsi buah pinggang atau kadar penapisan glomerular (eGFR). Pemantauan berkala kreatinin membantu menilai perkembangan dan respon rawatan CKD. Berdasar kepada eGFR, CKD dibahagikan kepada lima tahap atau peringkat. Klasifikasi ini berguna untuk mengesyorkan ujian tambahan dan cadangan untuk rawatan yang tepat.

Tiga ujian mudah yang dapat selamatkan buah pinggang anda. Periksa tekanan darah, air kencing untuk protein dan eGFR

4. Ultrasound buah pinggang

Ultrasound adalah ujian yang mudah, berkesan dan murah dalam diagnose CKD. Buah pinggang yang telah mengecut dalam ujian ‘ultrasound’ adalah diagnosa CKD. Walau bagaimanapun, buah pinggang yang normal atau bahkan lebih besar boleh berlaku pada CKD yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang polikistik dewasa, nefropati diabetes dan amiloidosis. Ultrasound juga membantu untuk mendiagnosa CKD yang disebabkan oleh halangan saluran kencing atau batu karang.

5. Ujian lain

CKD boleh menyebabkan gangguan dalam fungsi organ badan yang lain. Untuk menilai gangguan ini, ujian yang berbeza dilakukan seperti: ujian untuk elektrolit dan keseimbangan asid (natrium, kalium, magnesium, bikarbonat), ujian untuk anemia (hematokrit, ferritin, transferrin saturatin, smear darah), ujian untuk penyakit tulang (kalsium, fosforus, fosfatase alkali, hormon paratiroid), ujian umum lain (serum albumin, kolesterol, trigliserida, glukosa darah dan hemoglobin A1c) dan ECG serta echocardiography.

Buah pinggang yang kecil dan sudah kecut, bila dilihat dengan ultrasound, adalah tanda penyakit buah pinggang kronik.

Bilakah pesakit dengan CKD menghubungi doktor?

Pesakit dengan CKD perlu menghubungi doktor dengan segera, jika terdapati:

  • Peningkatan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, pengurangan jumlah air kencing, gangguan pernafasan, sesak nafas atau kesukaran bernafas ketika berbaring di tempat tidur.
  • Kesakitan dada, kadar denyutan jantung yang perlahan atau cepat.
  • Demam, cirit-birit yang teruk, kehilangan selera makan yang teruk, muntah yang teruk, muntah darah atau penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.
  • Kelemahan otot yang teruk.
  • Kekeliruan, mengantuk atau konvulsi.
  • Kemerosotan kawalan tekanan darah tinggi.
  • Air kencing merah atau pendarahan yang berlebihan.