MENGENAI PENGARANG

 Dr. HIN-SENG WONG

MD; MRCP(UK); M.Med; FRCP(Edin); FAMM

Dr. HIN-SENG WONG adalah Pakar Perunding Kanan dan Ketua Jabatan Nefrologi dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal di Hospital Selayang. Beliau memperolehi Doktor Perubatan (MD) dan Sarjana Perubatan (Perubatan Dalaman) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menjalani latihan subkepakaran nefrologi di Sheffield Kidney Institute, England dari 1996 sehingga 1997.

Beliau kini adalah Presiden Persatuan Diagnostik & Nefrologi Intervensi Malaysia, “Congress chair” dan “Councillor” bagi Persatuan Akses Dialisis Asia Pasifik, “Chief Editor” Registri Dialisis & Transplantasi Malaysia, ahli lembaga penasihat Registri Ginjal Kebangsaan dan ahli jawatankuasa kredential subkepakaran nefrologi kebangsaan. Beliau adalah presiden Persatuan Pasca Ijazah Ginjal Malaysia dari 2016 ke 2018 dan presiden Persatuan Nefrologi Malaysia dari 2010 ke 2012. Beliau juga adalah fellow Royal College of Physician Edinburgh dan fellow Akademi Perubatan Malaysia.

Beliau mempunyai 48 penerbitan dalam jurnal perubatan, menyampaikan lebih daripada 170 kuliah di mesyuarat saintifik di dalam dan di luar negara, dan membentang lebih daripada 180 kertas penyelidikan dalam mesyuarat tempatan dan antarabangsa.

 Dr. YAKOB SURYATI

MD (UKM) ; MRCP(UK); FRCP(Edin)

Dr Suryati Yakob merupakan Pakar Perunding Buah Pinggang di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh. Beliau menerima pendidikan awal di Bukit Bintang Girls School dan kemudian di MARA Junior Science College (MRSM). Beliau melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menerima ijazah perubatan dalaman dari MRCP(UK) dan seterusnya menerima latihan sub-kepakaran nefrologi selama tiga tahun di Malaysia anjuran program usaha-sama MSN (Malaysian Society Nephrology) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Beliau merupakan ahli kaunsel Persatuan Diagnostik & Nefrologi Intervensi Malaysia (MSDIN) serta ahli felo Royal College of Physician Edinburgh.

Beliau mempunyai 6 penerbitan dalam jurnal perubatan dan pernah menyampaikan kuliah di mesyuarat saintifik di dalam negara. Beliau juga pernah membentang kertas penyelidikan di dalam mesyuarat tempatan dan antarabangsa.