9: Kegagalan Buah Pinggang Akut

Menyebabkan

Apakah Kecederaan Buah Pinggang Akut?

Dalam kecederaan buah pinggang akut, pengurangan atau kehilangan fungsi buah pinggang berlaku dalam tempoh yang singkat (dalam beberapa jam, hari atau minggu) dan bersifat sementara, dan biasanya boleh dipulihkan.

Apakah yang menyebabkan kecederaan buah pinggang akut?

Terdapat banyak punca kecederaan buah pinggang akut. Penyebab umum termasuk:

  1. Pengurangan bekalan darah ke buah pinggang: dehidrasi teruk akibat cirit-birit, kehilangan darah, kebakaran atau penurunan tekanan darah.
  2. Jangkitan teruk, penyakit serius atau selepas operasi besar.
  3. Penghalangan laluan air kencing secara tiba-tiba: Batu karang adalah penyebab utama penghalangan saluran kencing.
  4. Punca lain: Falciparum malaria, leptospirosis, gigitan ular, penyakit buah pinggang tertentu, kehamilan, komplikasi dan kesan sampingan beberapa ubat (aminoglycosides, kontras radio, ramuan herba tertentu).
Kegagalan buah pinggang akut adalah kehilangan fungsi buah pinggang yang cepat dan biasanya sementara.

Gejala dan Diagnosis

Gejala kecederaan buah pinggang akut

Di kecederaan buah pinggang akut, disebabkan gangguan fungsi buah pinggang berlaku secara tiba-tiba dan berlaku pengumpulan pesat produk sisa dan gangguan pada keseimbangan cairan dan elektrolit, maka pesakit mengalami gejala awal dan signifikan.

Jenis gejala dan keterukannya berbeza dari pesakit ke pesakit.

Ini termasuk:

  1. Gejala disebabkan oleh keadaan asas (cirit-birit, kehilangan darah, demam, menggigil, dan lain-lain) yang menyebabkan kegagalan buah pinggang;
  2. Mengurangan pengeluaran air kencing (pengeluaran air kencing mungkin normal pada setengah pesakit).
  3. Bengkak buku lali atau kaki dan kenaikan berat badan akibat pengekalan cecair.
  4. Kehilangan selera, mual, muntah, cegukan, keletihan, kelesuan dan kekeliruan.
  5. Gejala-gejala yang teruk dan mengancam nyawa seperti sesak nafas, sakit dada, sawan atau koma, muntah darah dan irama jantung yang tidak normal kerana paras kalium darah yang tinggi.
  6. Pada peringkat awal kegagalan buah pinggang akut, sesetengah pesakit adalah bebas gejala dan penyakit itu dikesan secara kebetulan apabila ujian darah dilakukan atas sebab-sebab lain.

Diagnosis kecederaan buah pinggang akut

Ramai pesakit dengan kecederaan buah pinggang akut mempunyai gejala yang tidak spesifik atau tiada gejala. Maka, dalam sebarang keadaan di mana kecederaan buah pinggang akut boleh berlaku, atau dalam kes keraguan mengenai gejala, seseorang mesti di syaki dan di siasat bagi kecederaan buah pinggang akut. Diagnosa disahkan dengan ujian darah (peningkatan serum creatinine dan urea darah), ukuran output air kencing, urinalisis dan ultrasound. Bagi pesakit yang mengalami kecederaan buah pinggang akut, sejarah perubatan, pemeriksaan dan penyiasatan yang berbeza dilakukan untuk menenali punca, komplikasi dan perkembangan penyakit.

Gejala kegagalan buah pinggang akut adalah disebabkan oleh kedua-dua penyebabnya dan masalah buah pinggang yang serius

Rawatan

Rawatan kecederaan buah pinggang akut

Di kebanyakan pesakit, dengan rawatan yang sesuai, kecederaan buah pinggang akut boleh disembuhkan. Bagaimanapun, kelewatan atau rawatan yang tidak sesuai bagi kegagalan buah pinggang akut yang teruk boleh mengancam nyawa.

Langkah-langkah utama untuk rawatan kecederaan buah pinggang akut adalah:

  1. Pembetulan atau rawatan penyebab-penyebab kecederaan buah pinggang.
  2. Terapi ubat dan langkah-langkah sokongan.
  3. Nasihat pemakanan.
  4. Dialisis.

1.Membetulkan/merawat penyebab-penyebab kecederaan buah pinggang:

  • Pengenalpastian dan rawatan penyebab-penyebab utama adalah aspek yang paling penting dalam rawatan kecederaan buah pinggang akut.
  • Rawatan khusus terhadap penyebab-penyebab asas seperti hipotensi, jangkitan, halangan saluran kencing dll adalah penting untuk pemulihan kegagalan buah pinggang.
  • Terapi sedemikian menghalang buah pinggang dari terus merosak dan seterusnya membolehkannya sembuh.

2.Terapi ubat dan langkah-langkah sokongan:

  • Tujuannya adalah untuk menyokong buah pinggang dan mencegah atau merawat sebarang komplikasi.
  • Rawatan jangkitan dan penghindaran dari ubatan yang toksik dan berbahaya kepada buah pinggang.

Penggunaan diuretik seperti furosemide membantu meningkatkan jumlah air kencing dan mencegah pengumpulan cecair di dalam badan terutama paru-paru yang menyebabkan sesak nafas.

Terapi sokongan: ubat-ubatan diberikan dapat membantu untuk membetulkan tekanan darah rendah atau tinggi, mengawal loya dan muntah, mengawal kalium darah, mengurangkan sesak nafas dan mencegah atau mengawal sawan.

Kegagalan buah pinggang akut biasanya sembuh sepenuhnya dengan rawatan yang betul

3. Nasihat pemakanan

  • Sekatan diet yang betul menghalang atau mengurangkan gejala atau komplikasi kecederaan buah pinggang akut.
  • Pengukuran pengambilan cecair. Pengambilan cecair harian perlu dirancangkan, mengingati isipadu air kencing dan status cecair badan. Biasanya, sekatan cecair diperlukan untuk mencegah edema dan komplikasi seperti sesak nafas.
  • Sekatan pengambilan kalium. Elakkan makanan kaya kalium cth. buah-buahan, jus buah-buahan, buah-buahan kering dll, untuk mengelakkan paras kalium yang tinggi dalam darah (hiperkalemia), yang merupakan komplikasi yang sangat serius dan mengancam nyawa.
  • Sekatan pengambilan garam. Pengurangan garam membantu mengurangkan dahaga, edema dan komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan sesak nafas.
  • Mendapat nutrisi dan kalori yang mencukupi.

4. Dialisis

Penggantian jangka pendek fungsi buah pinggang melalui dialisis (buah pinggang buatan) mungkin diperlukan dalam beberapa pesakit kegagalan buah pinggang akut sehingga buah pinggang memulih semula fungsinya.

Apa itu dialisis?

Dialisis adalah proses tiruan untuk meniru fungsi buah pinggang yang rosak. Ia membantu mengekalkan hayat seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk. Fungsi dialisis yang paling penting adalah untuk membuangkan bahan kumur, mengeluarkan cecair yang berlebihan dan membetulkan asidosis dan gangguan elektrolit. Terdapat dua jenis dialisis utama: hemodialisis dan dialisis peritoneal.

Di kecederaan buah pinggang akut, buah pinggang biasanya pulih sepenuhnya dengan rawatan yang betul.

Kegagalan buah pinggang akut boleh sembuh tanpa dialisis dengan rawatan awal dan betul

Bilakah dialisis diperlukan dalam kecederaan buah pinggang akut?

Dialisis diperlukan pada setengah pesakit yang mengalami kecederaan buah pinggang akut yang teruk dimana gejala dan komplikasi semakin meningkat walaupun dengan rawatan konservatif yang mencukupi. Kelebihan cecair yang teruk, hiperkalemia yang tidak terkawal dan asidosis yang teruk adalah indikasi dialisis paling biasa dalam kecederaan buah pinggang akut.

Untuk berapa lama rawatan dialisis diperlukan dalam kecederaan buah pinggang akut?

  • Setengah pesakit kecederaan buah pinggang akut memerlukan dialisis sementara (hemodialisis atau dialisis peritoneal) sehingga fungsi buah pinggang pulih.
  • Pesakit yang mengalami kecederaan buah pinggang akut biasanya pulih dalam masa 1 - 4 minggu, di mana sokongan dialisis mungkin diperlukan.
  • Rawatan dialisis bagi kecederaan buah pinggang akut sering sementara kerana buah pinggang akhirnya pulih. Dalam kebanyakan kes menangguhkan dialisis kerana takut dialisis akan kekal boleh mengancam nyawa dalam kecederaan buah pinggang akut.

Pencegahan kecederaan buah pinggang akut

  • Rawatan awal penyebab yang berpotensi menyebab kegagalan buah pinggang akut dan pemeriksaan kerap fungsi buah pinggang pada pesakit tersebut.
  • Pencegahan dan merawat hipotensi denagn segera.
  • Mengelakkan ubat nefrotoxic dan rawatan segera jangkitan dan pengurangkan jumlahair kencing.
Keperluan untuk dialisis hanya untuk beberapa hari, tetapi kelewatan dialisis boleh mengancam nyawa.