2: Buah Pinggang dan Fungsinya

Buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia. Kerosakan buah pinggang boleh membawa kepada penyakit yang serius atau kematian. Setiap buah pinggang mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks.

Buah pinggang mempunyai dua fungsi penting iaitu: menyingkirkan sisa bahaya yang toksik dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya.

Struktur buah pinggang

Buah pinggang menghasilkan air kencing dengan mengeluarkan produk sisa toksik dan air berlebihan daripada badan. Air kencing yang dihasilkan dalam setiap buah pinggang akan melalui ureter, mengalir ke dalam pundi kencing sebelum akhirnya disingkirkan melalui uretra.

  • Kebanyakan orang (lelaki dan perempuan) mempunyai dua buah buah pinggang.
  • Buah pinggang terletak di bahagian atas dan belakang abdomen, pada sisi tulang belakang (lihat rajah). Tulang rusuk melindungi dua buah pinggang tersebut.
  • Buah pinggang terletak di dalam abdomen dan biasanya tidak boleh dirasa dari luar badan.
  • Buah pinggang adalah sepasang organ berbentuk kacang. Bagi orang dewasa, buah pinggang adalah kira-kira 10 cm panjang, 6 cm lebar dan 4 cm tebal. Berat setiap buah pinggang adalah kira-kiranya 150-170 gram.
Kedudukan, struktur dan fungsi buah pinggang adalah sama bagi lelaki dan wanita.

  • Air kencing yang dihasilkan dalam buah pinggang mengalir ke pundi kencing dan kemudian melalui ureter. Setiap ureter adalah kira-kira 25 cm panjang dan strukturnya adalah seperti tiub berrongga yang terdiri daripada otot-otot khas.
  • Pundi kencing adalah organ kosong yang terdiri daripada otot, yang terletak di bahagian bawah dan bahagian belakang abdomen. Ia bertindak sebagai takungan atau simpangan air kencing.
  • Pundi kencing dewasa biasanya menakung kira-kira 400-500 ml air kencing; apabila penuh, seseorang akan merasakan dorongan untuk membuang air kecil.
  • Air kencing dalam pundi kencing dikeluarkan melalui uretra semasa proses membuang air kecil. Bagi wanita, uretra agak pendek, sementara ia lebih panjang bagi lelaki.

Mengapa buah pinggang penting untuk kehidupan?

  • Kita mengambil pelbagai jenis dan kuantiti makanan setiap hari.
  • Kuantiti air, garam, dan asid dalam badan kita juga berbeza setiap hari.
  • Proses berterusan penukaran makanan menjadi tenaga akan menghasilkan bahan toksik berbahaya.
  • Faktor ini menyebabkan perubahan dalam jumlah cecair, elektrolit dan asid dalam badan. Pengumpulan bahan toksik yang tidak diingini boleh mengancam nyawa.
  • Setiap buah pinggang menjalankan tugas penting untuk membuang produk sampingan berbahaya dan toksik. Pada masa yang sama, buah pinggang juga mengawal dan mengekalkan keseimbangan jumlah air, asid dan elektrolit.

Apakah fungsi buah pinggang?

Fungsi utama buah pinggang adalah untuk menghasilkan air kencing dan membersihkan darah. Setiap buah pinggang membuang sisa bahan toksik, dan lain-lain bahan kimia yang

tidak diperlukan oleh badan. Fungsi penting buah pinggang adalah diterangkan di bawah.

 1. Pembuangan produk sisa.

Pembersihan darah dengan mengeluarkan produk sisa adalah fungsi buah pinggang yang paling penting.

Makanan yang kita makan mengandungi protein. Protein diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel badan. Ketika protein digunakan oleh badan, ianya juga menghasilkan sisa toksik. Pengumpulan serta pengekalan sisa ini menyerupai dengan mengekalkan racun di dalam badan. Setiap buah pinggang menapis darah, dan sisa toksik yang akhirnya diekskresikan di dalam air kencing.

Kreatinin dan urea adalah dua produk sisa penting, yang boleh diukur dengan mudah di dalam darah. "Nilai" mereka dalam ujian darah mencerminkan fungsi buah pinggang. Apabila kedua-dua buah pinggang gagal, nilai kreatinin dan urea akan menjadi tinggi ketika ujian darah.

 2. Pembuangan cecair yang berlebihan

Fungsi kedua yang paling penting dalam buah pinggang adalah mengurus baki cecair dengan mengeluarkan lebihan air sebagai air kencing sambil mengekalkan jumlah air yang diperlukan dalam tubuh. Apabila buah pinggang gagal, mereka kehilangan keupayaan mengeluarkan lebihan air ini. Lebihan air di dalam badan membawa kepada pembengkakan badan.

3. Mengimbangi mineral dan bahan kimia

Buah pinggang memainkan peranan penting dalam mengawal mineral dan bahan kimia seperti natrium, kalium (potassium), hidrogen, kalsium, fosforus, magnesium dan bikarbonat dan mengekalkan komposisi normal cecair badan.

Perubahan dalam tahap natrium boleh menjejaskan keadaan mental seseorang, manakala perubahan kalium boleh mendatangkan kesan buruk yang serius pada irama jantung dan fungsi otot. Penyelenggaraan paras normal kalsium dan fosforus adalah penting untuk kesihatan tulang dan gigi.

4. Kawalan tekanan darah

Buah pinggang menghasilkan hormon yang berbeza (renin, angiotensin, aldosteron, prostaglandin dan sebagainya) yang membantu mengawal air dan garam di dalam badan. Ianya memainkan peranan penting untuk mengawal tekanan darah yang baik. Gangguan pengeluaran hormon dan keseimbangan garam dan air dalam pesakit dengan kegagalan buah pinggang boleh membawa kepada tekanan darah tinggi.

5. Pengeluaran sel darah merah

Erythropoietin adalah hormon lain yang dihasilkan dalam buah pinggang, ianya memainkan peranan penting dalam pengeluaran sel darah merah. Semasa kegagalan buah pinggang, pengeluaran erythropoietin yang berkurangan akan menyebabkan penurunan pengeluaran sel darah merah yang mengakibatkan hemoglobin rendah (anemia). Ini adalah punca mengapa pesakit dengan kegagalan buah pinggang akan mempunyai nilai haemoglobin yang tidak bertambah, walaupun dengan pengambilan zat besi dan vitamin.

6. Mengekalkan tulang yang sihat

Buah pinggang menukarkan vitamin D ke dalam bentuk aktifnya yang penting untuk penyerapan kalsium daripada makanan, pertumbuhan tulang dan gigi, dan memastikan tulang-tulang kuat dan sihat. Semasa kegagalan buah pinggang, pengurangan Vitamin D aktif membawa kepada

Bagaimanakah pembersihan darah dan air kencing terbentuk?

Dalam proses pembersihan darah, buah pinggang mengekalkan semua bahan-bahan yang diperlukan dan secara selektif mengeluarkan cecair yang berlebihan, elektrolit dan sisa toksik. Marilah kita memahami proses pembentukan urin yang rumit dan menakjubkan ini.

  • Tahukh anda bahawa setiap minit, 1200 ml darah memasuki buah pinggang untuk pembersihan, iaitu 20% daripada jumlah darah yang dipam oleh jantung? Maka dalam satu hari, 1700 liter darah dibersihkan!
  • Proses pembersihan ini berlaku dalam unit penapisan kecil yang dikenali sebagai nefron.
  • Setiap buah pinggang mengandungi kira-kira satu juta nefron, dan setiap nefron terdiri daripada glomerular dan tubule.
  • Glomerular adalah penapis dengan liang-liang yang sangat kecil dengan ciri-ciri penapisan terpilih. Air dan bahan bersaiz kecil mudah ditapis melaluinya. Tetapi sel-sel darah merah bersaiz besar, sel darah putih, platlet, protein dan lain-lain tidak boleh melalui liang-liang ini. Oleh itu sel-sel ini biasanya tidak dilihat dalam air kencing orang yang sihat.
Fungsi utama buah pinggnag ialah untuk membuang bahan kumur and produk berbahaya dan air yang berlebihan dalam bentuk air kencing penurunan pertumbuhan tulang dan juga menjadikan tulang lemah. Kerencatan pertumbuhan mungkin menandakan kegagalan buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak.

  • Langkah pertama pembentukan urin berlaku di glomerular, di mana 125 ml per minit air kencing ditapis. Ia agak mengagumkan bahawa dalam 24 jam, 180 liter air kencing terbentuk. Ia bukan sahaja mengandungi bahan buangan, elektrolit dan bahan toksik, tetapi juga glukosa dan bahan berguna lain.
  • Setiap buah pinggang melakukan proses penyerapan semula(reabsorption) dengan ketepatan yang hebat. Daripada 180 liter cecair yang memasuki tubule, 99% daripada cecair selalunya diserap semula dan hanya baki 1% cecair dikeluarkan dalam bentuk air kencing.
  • Dengan proses yang cergas dan tepat ini, semua bahan penting dan 178 liter cecair diserap semula di tubule, manakala 1-2 liter cecair, produk buangan, dan bahan-bahan berbahaya yang lain dikeluarkan.
  • Air kencing yang dibentuk oleh buah pinggang mengalir ke ureter, dan melalui pundi kencing dan akhirnya dikeluarkan melalui uretra.

Bolehkah terdapat variasi dalam jumlah air kencing dalam seseorang dengan buah pinggang yang sihat?

  • Ya. Jumlah pengambilan air dan suhu atmosfera adalah faktor utama yang menentukan jumlah air kencing yang normal bagi seseorang.

  • Apabila pengambilan air rendah, air kencing akan menjadi pekat dan jumlahnya berkurangan (kira-kira 500 ml) tetapi apabila jumlah air yang banyak diambil, lebih banyak air kencing akan terbentuk.
  • Ketika cuaca panas, badan berpeluh akibat dari suhu ambien yang tinggi, jumlah urin akan berkurangan. Ketika cuaca sejuk ianya adalah sebaliknya - suhu yang rendah, kurang berpeluh, lebih banyak air kencing.
  • Bagi seseorang yang mempunyai pengambilan air pada kadar kebiasaan, dan jumlah urin adalah kurang daripada 500 ml atau lebih daripada 3000 ml, ini menunjukkan buah pinggang mereka memerlukan perhatian dan pemeriksaan lanjut.
Terlalu sedikit atau terlalu banyak air kencing mungkin menandakan buah pinggang memerlukan perhatian dan penyiasatan