12: Kegagalan Buah Pinggang Kronik: Rawatan

Tiga pilihan rawatan untuk CKD adalah rawatan perubatan, dialysis atau pembedahan pemindahan buah pinggang(transplan).

  • Semua pesakit dengan CKD dirawat pada mulanya dengan rawatan perubatan sepert (ubatan, nasihat pemakanan dan pemantauan)
  • Kerosakan teruk dalam CKD [penyakit buah pinggang tahap akhir (ESKD)] memerlukan penggantian buah pinggang secara dialisis atau pemindahan buah pinggang(transplan).

Rawatan Perubatan.

Kenapa rawatan perubatan sangat penting dalam penyakit buah pinggang kronik?

Tiada ubat untuk CKD. CKD lanjutan (ESKD) memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk mengekalkan kehidupan. Kerana kos yang tinggi dan masalah yang sedia ada, di India hanya 5-10% pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan seperti dialisis dan pemindahan buah pinggang (transplan), manakala selebihnya mati tanpa mendapat rawatan khusus. Oleh itu, pengesanan awal dan rawatan perubatan konservatif yang teliti adalah satu-satunya cara yang boleh dilaksanakan dan kos efisien untuk merawat CKD dan dapat menangguhkan keperluan untuk dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Rawatan awal untuk CKD membolehkan pesakit mempunyai hayat yang panjang

Kenapa ramai orang dengan CKD gagal memanfaatkan pengurusan perubatan di penyakit buah pinggang kronik?

Memulakan terapi yang betul pada peringkat awal CKD adalah yang paling bermanfaat. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai simptom atau rasa sihat dengan rawatan yang betul pada peringkat awal. Kerana ketiadaan gejala, ramai pesakit dan keluarga mereka gagal mengenali keseriusan penyakit ini dan menghentikan pengambilan ubat dan kawalan diet. Penghentian rawatan perubatan boleh menyebabkan kemerosotan fungsi buah pinggang yang akan memerlukan rawatan dialisis yang mahal ataupun pemindahan buah pinggang(transplan).

Rawatan awal untuk CKD membolehkan pesakit mempunyai hayat yang panjang

Apakah matlamat rawatan perubatan bagi CKD?

CKD adalah keadaan yang semakin merosot tanpa penawar yang khusus. Matlamat rawatan perubatan adalah untuk:

  • Melambatkan kemerosotan penyakit ini.
  • Merawat sebab dan faktor penyumbang
  • Melegakan gejala dan merawat komplikasi penyakit.
  • Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Menangguhkan keperluan untuk dialisis atau pemindahan buah pinggang ( transplan).

Apakah strategi rawatan dalam pelbagai tahap CKD?

Strategi rawatan dan tindakan yang disyorkan dalam pelbagai peringkat CKD diringkaskan dalam jadual ini.

Penyakit buah pinggang kronik tidak boleh disembuh, tetapi rawatan awal adalah paling bermanfaat.

Sembilan Langkah Pelan Tindakan dalam Rawatan Perubatan CKD 1. Rawatan Etiologi primer.

Mengenalpasti dan merawat keadaan asas yang boleh membantu mencegah, melambatkan atau menreversikan kemerosatan CKD.

  • Diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi.
  • Jangkitan atau penghalangan saluran kencing.
  • Glomerulonefritis, penyakit renovaskular, nefropati analgesik dan sebagainya.

2. Strategi untuk melambatkan kemerosatan CKD.

Doktor anda mungkin menggunakan langkah-langkah yang penting dan berkesan untuk melambatkan kemerostan CKD seperti:

  • Kawalan tekanan darah yang ketat dengan menggunakan ubatan inhibitor ACE (ACEi) atau Angiotensin receptor blocker (ARB).
  • Pembatasan pengambilan protein.
  • Terapi menurunkan paras lipid.
  • Pembetulan anemia.

3. Rawatan Sokongan dan Simptomatik

  • Pil mengeluarkan air (diuretik) untuk meningkatkan jumlah air kencing dan mengurangkan bengkak.
  • Ubat untuk mengawal loya, muntah dan ketidakselesaan perut.
  • Penambahan kalsium, pengikat fosfat, bentuk aktif Vitamin D dan ubatan lain untuk mencegah dan membetulkan penyakit tulang yang berkaitan dengan CKD.
  • Pembetulan hemoglobin rendah (anemia) dengan suntikan zat besi, vitamin dan erythropoietin.
  • Pencegahan penyakit kardiovaskular.
Rawatan penyebab-penyebab CKD dapat memperlahankan kemerosotan CKD.

4. Rawatan Faktor Risiko

Mencari dan mengubati faktor-faktor risiko yang boleh diperbaiki di mana boleh yang memburukkan lagi tahap kegagalan buah pinggang. Dengan pembetulan faktor ini, kegagalan buah pinggang mungkin boleh dipulihkan dan fungsi buah pinggang boleh kembali ke tahap asas fungsi yang stabil. Sebab-sebab yang boleh diperbaiki adalah:

  • Kekurangan air di dalam badan atau dehidrasi.
  • Kegagalan buah pinggang akibat ubat-ubatan (ubat anti-radang bukan steroid atau NSAID, agen kontras, antibiotik aminoglikosida).
  • Jangkitan dan kegagalan jantung kongestif.

5. Mengenalpasti dan merawat komplikasi CKD

Komplikasi CKD memerlukan diagnosis awal dan rawatan segera. Komplikasi biasa yang memerlukan perhatian adalah beban cecair yang teruk, paras kalium tinggi dalam darah (kalium>6.0 mEq/L), dan kesan buruk kegagalan buah pinggang lanjutan pada jantung, otak dan paru-paru.

6. Pengubahsuaian Gaya Hidup dan Langkah Am

Langkah-langkah ini penting dalam mengurangkan risiko keseluruhan:

  • Berhenti merokok.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam secara teratur dan berkala.
  • Hadkan pengambilan alkohol.
  • Ikuti pelan pemakanan yang sihat dan mengurangkan pengambilan garam
  • Ubat harus diambil seperti yang diarahkan oleh doktor dan mungkin diselaraskan mengikut tahap kerosakan buah pinggang.
  • Susulan dan rawatan secara kerap seperti yang diarahkan oleh pakar nefrologi.
Rawatan infeksi dan kekurangan bendalir adalah paling bermanfaat untuk penyakit buah pinggang kronik kronik

7. Kawalan Pemakanan

Bergantung kepada jenis dan keterukan penyakit buah pinggang, kawalan pemakanan diperlukan dalam CKD (dibincangkan secara terperinci dalam Bab 25).

  • Garam (natrium): Untuk mengawal tekanan darah tinggi dan pembengkakan, kawalan garam dinasihatkan. Pembatasan garam termasuk: tidak menambah garam makanan di meja dan mengelakkan makanan yang kaya garam seperti “fast food”, papadum, acar dan meminimalkan pengambilan makanan dalam tin.
  • Pengambilan cecair: Pengurangan jumlah air kencing dalam pesakit CKD boleh menyebabkan pembengkakan dan pada kes-kes yang teruk boleh menyebabkan kesesakan nafas. Oleh itu, sekatan cecair dinasihatkan untuk semua pesakit CKD dengan masalah pembengkakan.
  • Kalium: Tahap kalium darah biasanya meningkat pada pesakit CKD. Ini boleh memberi kesan kepada aktiviti jantung sehingga mengancam nyawa. Untuk mengelakkan ini, pengambilan makanan kaya kalium (seperti buahan yang dikeringkan, air kelapa, kentang, oren, pisang, tomato dan lain-lain) perlu dibataskan seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Protein: Pesakit dengan CKD harus mengelakkan diet protein tinggi yang boleh mempercepatkan kadar kerosakan buah pinggang.
Untuk CKD, kawalan pemakanan dapat memperlahankan kemerosotan dan mencegah komplikasi

8. Persediaan untuk Terapi Penggantian Buah pinggang

  • Melindungi urat vena pada lengan tidak dominan sebaik sahaja CKD didiagnosakan.
  • Dielakan penggunaan urat lengan untuk pengambilan darah atau infusi IV.
  • Apabila fungsi buah pinggang merosot dan berdekatan dengan penyakit buah pinggang tahap akhir, dialisis atau pemindahan buah pinggang (transplan) akan diperlukan. Pakar nefrologi akan membincangkan pemilihan rawatan lanjut dengan pesakit dan keluarga mereka, bergantung kepada keperluan perubatan pesakit serta pilihan peribadi. Rawatan dialysis adalah hemodialisis atau dialisis peritoneal.
  • Sekiranya hemodialisis menjadi pilihan, pesakit dan keluarga akan dinasihatkan supaya melakukan pembedahan fistula AV- sebaiknya 6 hingga 12 bulan sebelum rawatan hemodialisis diperlukan.

Untuk CKD, sekatan diet boleh melambatkan kemerosatan dan mencegah komplikasi.

  • Pesakit penyakit buah pinggang kronik juga boleh menjalani pemindahan buah pinggang (transplan) “pre-emptive”. Di sini, pesakit menerima pemindahan buah pinggang dari penderma hidup sebelum memulakan dialisis.
  • Pemberian vaksinasi Hepatitis B pada peringkat awal penyakit buah pinggang kronik dapat mengurangkan risiko jangkitan Hepatitis B semasa rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. Empat dos vaksin Hepatitis B rekombinan pada 0, 1, 2 & 6 bulan harus diberi secara intramuskular.

9. Rujukan kepada Pakar Nefrologi

Seseorang yang mempunyai CKD memerlukan rujukan awal kepada pakar nefrologi dan pendidikan predialisis untuk mengurangkan morbiditi dan kematian. Rujukan awal mengurangkan kadar kemerosotan kepada penyakit buah pinggang tahap akhir dan mungkin menangguhkan keperluan untuk memulakan rawatan dialysis and pemindahan buah pinggang (transplan).

Apakah rawatan yang paling penting untuk menghalang atau menangguhkan kemerosotan CKD?

Apa pun punca CKD, kawalan ketat tekanan darah adalah rawatan yang paling penting untuk mencegah atau menangguhkan kemerosotan CKD. Tekanan darah yang tidak terkawal mempercepatkan kemerosotan CKD dan komplikasi seperti serangan jantung dan strok.

Untuk CKD, lindungi saluran darah pada lengan tidak dominan dengan mengelakkan pengambilan darah atau infusi IV.

Ubat-ubatan yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi?

Pakar nefrologi atau doktor akan memilih agen yang sesuai untuk mengawal tekanan darah tinggi. Ubat-ubatan yang paling biasa digunakan ialah “angiotensin converting enzyme inhibitor” (ACE inhibitor), “angiotensin receptor blocker” (ARB), “calcium channel blocker” (CCB), “beta blocker” dan diuretik.

Inhibitor ACE dan ARB disyorkan sebagai terapi pertama untuk mengurangkan tekanan darah dan juga membantu memperlahankan kemerosotan fungsi buah pinggang, dengan itu, melindungi buah pinggang.

Apakah matlamat kawalan tekanan darah pada CKD?

Adalah disyorkan untuk mengekalkan tekanan darah di bawah 130/80 mmHg.

Apakah kaedah terbaik untuk menilai dan memantau kawalan tekanan darah pada CKD?

Lawatan berkala ke doktor membantu mengetahui status tekanan darah. Tetapi membeli instrumen tekanan darah dan menggunakannya secara tetap di rumah boleh membantu menilai dan memantau kawalan tekanan darah pada CKD. Menyimpan carta rakaman tekanan darah boleh membantu doktor menyesuaikan dos ubat dan serta masa pengambilan.

Bagaimana ubat diuretik membantu pesakit CKD?

Doktor boleh memberi diuretik yang merupakan ubat-ubatan yang membantu meningkatkan jumlah air kencing dan mengurangkan bengkak dan sesak nafas pada sesetengah pesakit. Adalah penting untuk diingatkan bahawa ubat-ubatan ini boleh meningkatkan jumlah air kencing tetapi tidak membantu dalam meningkatkan fungsi buah pinggang.

Kenapa anemia berlaku di penyakit CKD dan bagaimana ia dirawat?

Apabila buah pinggang berfungsi dengan betul, ia menghasilkan hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah. Dalam CKD dengan pengurangan fungsi buah pinggang, pengeluaran erythropoietin juga menurun, dan membawa kepada anemia. Ubat zat besi, vitamin dan, kadang-kadang, suntikan besi intravena adalah langkah pertama untuk merawat anemia akibat CKD. Anemia yang teruk, atau anemia yang tidak respon terhadap terapi ubat, memerlukan suntikan erythropoietin sintetik, yang membantu sumsum tulang menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen. Suntikan erythropoietin adalah selamat, berkesan dan kaedah yang lebih baik untuk merawat anemia akibat CKD. Transfusi darah adalah cepat dan berkesan untuk membetulkan anemia dalam keadaan kecemasan tetapi bukan kaedah pilihan kerana risiko jangkitan dan allergi.

Mengapa anemia pada CKD perlu rawatan?

Sel darah merah membawa oksigen dari paru-paru ke semua bahagian badan. Anemia (hemoglobin rendah) pada CKD membawa kepada kelemahan, keletihan, kurang keupayaan senaman, sesak nafas, degupan jantung yang cepat, kehilangan konsentrasi, tidak bertahan terhadap kesejukan serta kesakitan dada dan oleh itu, ia memerlukan rawatan awal dan tepat.

Rawatan yang paling penting untuk memperlambatkan kemerosotan CKD adalah kawalan tekanan darah yang ketat (kurang dari 130/80).